CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Friday, August 21, 2009

[ mode - Ta Tau ]

selamat bercuti dan menyambut Ramadhan...hari ni kat sekolah ada makan2..so aku pun buatla kueh lapes..yg xberapa nak jadi..but still dpt pujian..hehehe..kat sekola dgn kat rumah..thanx hubby...(mmg selalu puji pun, xpernah ada perkataan negatif yang keluar..except tgh marah..tp xterlalu melampau pun..)


kuih ni cantik xmacam sy punya..huhu..


pastu nak dijadikan citer, ada la sorg cikgu ni bawa budak kecik, dia ty aku, da ada anak belom ni..?da berapa lama kawen..huuu sadis aku dgr...bila aku kata da setahun lebih dia kata ooo, baru lagik..(haa..??baru lagik..??)

jadi dia dekatkan budak tu dekat perut aku...'haa..amik 'ni' sikit..pasni adala rezki tu...'..FYI, aku da pergi klinik, tp belum p rawatan lagi, sbb bulan puasa..tgu dulu laa..since we're not so desperado nak baby.
gerammmnyaa!

then, aku borak dgn anak murid aku, dia ty macam-macam...lastly dia kata, dia suka subjek yang aku ajar tu, dn baru dia faham selama ni..and insists utk aku ajar dia, bila aku kata aku sementara je, trus dia terdiam..alamak..sian la pulak...menjumutkan perasaan dia utk belajar..

aku ckp la, nak berjaya bukan bergantung pada cikgu, bergantung pada diri sendiri (even aku pun cam tu juga, xsuka cikgu tu, markah aku akan drop..hehe) then dia kata, saya nak berjaya, tapi cikgu yang ajar saya tu asyik ajar pasal sawah padi
dan Indonisia..? mcm mana saya nak berjaya...??

first of all, aku tergamam, apa kena semua tu dgn subjek tu..?yang lain pun menyampuk sama...hurm...aku pun xtau nak cakap macam mana..aku cuma mampu tolong setakat tu aje..

bukan xnak teruskan, tapi entahla...aku suka mengaja
r dan belajar..tp rezki aku lebih kepada sementara...bukan kekal atau diserap..jadi, susahla.. :)

kdg aku takut juga utk letak perasaan sayang pada student..(even aku tau, mmg da ada)...sbb aku risau pada hari perpisahan esok...mcm mn nak mengadap mereka...huuuuu..mesti hujannnn...

sedihnyaa...!

Saturday, August 08, 2009

[ mode- BEST ! ]


I luv sharing..sb aku rasa dgn sharing aku dapat lepaskan emotions aku, beside aku dapat info2 baru..sb tu aku suka jd cikgu..! aku mengajar dan aku belajar..belajar dr sikap dan perangai remaja..

so far aku ajar menengah (im not permenantly teach)..apa yang aku boleh ckp budak2 umur antara 12-14 adalah remaja yang sgt perlukan perhatian yang SEBETULNYA!! dorg ni jenis imitate all the adults doing..kalau dorg jumpa adults yang kurang ajar dorg akan senang ikut..

selalunya yang buruk dorg sangat senang ikut..itu adalah fitrah sb kita masing2 di kurniakan nafsu, dan sebb tu akal mesti mengawasi SEGALANYA..

akal musnah, akal rosak maka rosakla segalanya...

dorg nakal, kurang ajar dan melawan aka memberontak...siapa yang PERLU di persalahkan..?parents..?

well, YES! parents memainkan peranan mencorak anak bukan cikgu. dan yang plg kuat mainkan peranan adalah seorg IBU. nama pun Ibu..kekuatan semua pada Ibu..thats y Syurga di telapak kaki Ibu..

dan ayah adalah hakim di rumah yang menjalankan undang dan hukuman. hey ayah juga tonggak utama dalam mainkan peranan membina SEMANGAT anak..so, kalau ayah tak betul, selalunya jiwa anak akan kosong dan semangat utk mereka lawan segala kehidupan akan goyah..

tp for those yang da lepas umur yang di perkatakan, thats no right to blame the parents anymore...20 and above da ada akal yang matang utk bezakan yang mana salah dan betul..melawan segala emosi yang kadang2 menyerabutkan kepala...

macammana...?! senantiasa hati tawaduk dan mengingati Allah..terkadang kita lalai dlm tanggungjawab yang diberikan tp biarlah sekurangnya hati jangan lalai dalam mengingati Nya.. dan Insya Allah semangat datang dr pada Nya..

so the conclusion is me as a teacher (even just temperory) still denda mereka yang nakal..!!

hahaha!

Wednesday, March 25, 2009

[ mode - SA KIT ]


jus wanna share about gastric..i just recover from it..

I thought it was just kembung dlm perut (biasa alaminya)...xsangka melarat smpi ke subuh.so, da xbleh tahan, thus vommit lagi..kejut encik Hud terus pergi klinik..

the doc said, kena kurangkan benda yang berkafein..included choc..(luckily i dunt like choc much)..and dia kata amalkan barli, sbb barli tu menyihatkan.


"Penyakit gastrik adalah kesakitan atau ketidakselesaan yang dialami di bahagian perut. Ia digelar dyspepsia di kalangan pakar perubatan. Kesakitan ini mungkin akan jadi lebih teruk selepas makan atau ketika perut kosong.

SIMPTOM-SIMPTOM

Lain-lain simptom penyakit gastrik adalah kembung perut, loya dan muntah. Manakala kesakitan yang dirasai di bahagian tengah dadah dipanggil reflux. Reflux berlaku apabila asid naik ke atas, iaitu ke oesophagus (saluran yang membawa makanan dari mulut ke perut).

LANGKAH PENCEGAHAN

Berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan gastrik.

  • Jangan makan terlalu banyak pada sesuatu masa.
  • Elakkan dari mengambil makanan yang terlalu pedas dan berempah
  • Jangan merokok atau minum minuman keras.
  • Elakkan dari mengambil ubat-ubatan untuk mengurangkan sakit kecuali paracetamol/panadol terutama untuk penghidap penyakit sendi.

Berikut adalah beberapa langkah pencegahan daripada terjadinya reflux (simptom gastrik) .

  • Jangan terlebih berat badan. Kurangkan berat andai anda gemuk.
  • Jangan makan sebelum tidur.
  • Tidur dengan menggunakan dua bantal supaya kepala anda lebih tinggi enam hingga lapan inci dari badan.
  • Elakkan dari memakai pakaian dan tali pinggang yang ketat."
[info : www.badruzamani.org ]